BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, 16 November 2009

Johan x nak jd pengacare Raje lwk!...

Rasa macam masih baru kumpulan Sepah menjadi Raja Lawak 3. Sedar sedar program realiti TV itu dah nak masuk musim ke-4 tidak lama lagi. Aku tahu ramai penonton Astro sudah tidak sabar-sabar lagi melihat aksi bakat-bakat di luar sana yang mahu mencuba nasib dalam program popular itu.

Apakah Raja Lawak 4 akan menyaksikan perubahan besar di mana peserta wanita pula menjadi juara? Mungkin ya, mungkin tidak.

Tapi dalam menunggu kemunculan rancangan itu, aku terdengar khabar mengatakan pasangan hosnya, Johan dan Zizan yang terkenal dengan nama Jozan, tidak akan mengendalikan lagi program ini bersama-sama.

Eh, kenapa pula? Apa yang telah berlaku?

Amboi, dulu bukan main ngam macam belangkas. Sekarang takkan dah beralih angin selepas Johan dah kahwin?

Bukan apa, bagi aku, Raja Lawak best sebab ada Jozan. Gelagat spontan mereka itu pun dah cukup kelakar. Kalau tukar orang lain, ia belum tentu akan mempertahan rating Raja Lawak 4 nanti.

Murai akan cuba mendapatkan kepastian daripada Johan dan Zizan sendiri sejauh mana benarkah gosip ini. Harap-harap kalau ada problem, cuba selesaikan secara baik.


p/s : Sedih dengan pelawak yang sedang terlantar sakit seperti Kuman dan Ahmad Busu.

0 comments: